Akaun ishlahkedah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Kitab Zaadul Maad Karang Ibnu Qayyim Al Jauziyah

Kitab zaadul Ma ad ini adalah hasil karya A-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah (warat: /5TH). la ditulis oleh Ibnul Qayyim ketika sedang bermusafir sambil duduk atau menunggung di atas untanya. Kini kitab ini adalah berdasarkan manuskrip asal semakkan dan penelitian oleh Syaikh Syu'aib Al-Arnauth dan Abdul Qadir Al-Arnauth. Alhamdulillah, kini ia telah lengkap diterjemahkan menjadi 5 jilid kesemuanya.


Secara garis besarnya, melalui kitab ini, fokus penulis (lbnul Qayyim) adalah membentangkan Sirah kehidupan dan perjalanan dakwah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Namun yang uniknya bagi kitab Zadul Maad ini, penulis turut menyertakan hasil galian dan hikmah perbahasan 'aqidah, hadis, dan fiqh yang sangat bermanfaat di sela-sela penjelasan kisah-kisah Sirah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tersebut.


Di antara rangkuman faedah yang dapat dituai darinya adalah semisal sejarah dan maklumat ketika penurunan wahyu (pensyari'atan), persoalan iman dan tauhid, perbahas an thaharah (bersuci), kepelbagaian permasalahan terkait persoalan solat, pelbagai isu-isu ibadah (seperti puasa, haji, zakat, i'tikaf, zikir), pengurusan jenazah dan ziarah kubur, persoalan wanita, pernikahan dan kekeluargaan, mu'amalah terhadap orang-orang kafir, jihad dan adab-adab ketika safar, kisah-kisah peperangan beliau, adab-adab seorang muslim dalam pelbagai keadaan, persoalan sihir dan ruqyah, perbahasan terkait perubatan Nabi sebagaimana yang terdapat di dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis (Thibbun Nabaw), dan pelbagai lagi yang lainnya di mana di dalamnya terhimpun pelbagai taedah ilmu agama yang sangat bermantaat.